Program Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi
Pelajar IPT 2012
Pertandingan inovasi ini adalah satu program panji
mercu (flagship) KPT untuk memupuk budaya
inovasi dan kreativiti demi manfaat kepada
masyarakat. Pertandingan inovasi ini terbuka kepada
pelajar IPT; universiti, kolej universiti,
politeknik dan kolej komuniti. Pertandingan ini
boleh didaftarkan dalam bentuk kursus kokurikulum
yang berkredit.
Pertandingan ini bertemakan INOVASI BERBUDI
MASYARAKAT LESTARI or ‘Appropriating Innovation
for Sustainable Society’.
Objektif Pertandingan
- Membolehkan pelajar mengembangkan daya
kreativiti dan inovasi melalui pertandingan inovasi
dan kreatif.
- Memberi impak dan manfaat secara langsung kepada masyarakat industri
- Memupuk keupayaan bekerja dalam pasukan yang terdiri daripada pelbagai
latarbelakang
- Memupuk budaya berdaya saing dan kelestarian inovasi dalam kalangan
pelajar
- Menanam sifat keperihatinan kepada keprluan masyarakat sekitaran
Tahap Penyertaan.
Penyertaan dalam pertandingan ini dibahagikan kepda
dua(2) tahap iaitu :
a) Tahap 1 (T1)
Terbuka kepada pelajar di peringkat Sijil dan
Diploma yang diperakui MQA dan diiktiraf oleh JPA
b) Tahap 2 (T2)
Terbuka kepada pelajar di peringkat Diploma Lanjutan
dan Ijazah Sarjana Muda yang diperakui MQA dan
diiktiraf oleh JPA.
Pendaftaran
Pendaftaran adalah
percuma.
Klik untuk pendaftaran secara atas talian disini.
Untuk sebarang maklumat lanjut sila layari:
http://www.myinovasi2012.com/